Harga minyak jatuh lebih 2% setelah peningkatan kes jangkitan coronavirus varian Omicron dikesan di Eropah dan Amerika Syarikat.
Pelabur bimbang dengan permintaan bekalan minyak yang dijangka berkurang sekiranya perintah berkurung diperketatkan semula untuk membendung penularan varian Omicron di kebanyakkan negara terutamanya menjelang perayaan Krismas.
Kekurangan permintaan bekalan minyak berpotensi untuk menyebabkan harga minyak jatuh kerana bekalan melebihi permintaan (supply and demand rules).
Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 2.6% kepada $71.60. Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh 3% kepada $68.77 setong.
Join group signal trading minyak dan emas percuma. Tanya admin di sini.
Sentimen lemah terhadap pasaran minyak dilihat selari dengan pasaran S&P 500.
Sementara itu, firma tenaga Amerika Syarikat menambah pelantar minyak dan gas. Menurut Baker Hughes Co, kiraan pelantar minyak dan gas meningkat kepada 579 minggu ini dan merupakan yang tertinggi sejak April 2020.
Kiraan pelantar minyak dan gas adalah petunjuk terhadap pengeluaran produk tenaga fosil ini pada masa hadapan.
Namun begitu, eksport yang lebih rendah dijangka dari Rusia. Eksport dan transit minyak dari negara itu dirancang pada 56.05 juta tan pada suku pertama 2022 berbanding 58.3 juta tan pada suku keempat 2021.
Eksport diesel China pada November menjunam 69% berbanding setahun lalu. Hal ini kerana kilang penapisan di China lebih mengutamakan bekalan domestik untuk mengurangkan masalah bahan api berbanding bekalan eksport dari luar China.