TRADERTOWN.my

suku kedua picture
Gambar oleh Nikkei montage

Suku kedua tahun 2021: harapan cerah bagi OPEC

Suku kedua tahun 2021 menyaksikan permintaan minyak mentah global dijangka akan melonjak naik susulan pemulihan ekonomi dunia dan program vaksinasi yang semakin bertambah di kebanyakkan negara. Pertubuhan negara pengeksport minyak mentah dunia, OPEC optimis bahawa harga minyak akan kembali pulih sekiranya permintaan minyak mentah semakin tinggi selepas ini.

Namun begitu, OPEC dan pemain industri minyak mentah masih belum boleh menarik nafas lega sepenuhnya. Hal ini kerana, perintah berkurung di beberapa buah negara Eropah telah dilanjutkan dan kadar pengganguran yang tinggi di Amerika Syarikat (A.S) telah melambatkan proses pemulihan ekonomi secara menyeluruh.

 

group support minyak

 

Sementara itu, dalam laporannya bulan ini, OPEC menjangkakan akan memotong permintaan minyak mentahnya untuk suku pertama sebanyak 180,000 tong sehari manakala pada suku kedua sebanyak 310,000 tong sehari berbanding Februari lalu.

OPEC turut menjangkakan permintaan minyak mentah yang lebih tinggi untuk suku ketiga dan suku keempat memandangkan program vaksinasi telah mula dilakukan di kebanyakkan negara.

Untuk suku ketiga, OPEC melihat permintaan minyak mentah sebanyak 97.43 juta tong sehari yang mana kenaikan ini adalah leboh 400,000 tong sehari berbanding penilaian yang lepas. Untuk suku keempat, permintaan minyak mentah global dijangkakan sebanyak 98.91 juta tong sehari, iaitu kenaikan hampir 1 juta tong sehari berbanding semasa Februari.

 

Harga minyak naik boleh untung, harga minyak turun pun boleh untung. Nak tahu macam mana? Klik sini. 

group signal

 

Buat masa ini, permintaan minyak mentah dunia telah mencecah sehingga 96.3 juta tong sehari, dengan kebanyakkannya disumbang pada separuh tahun kedua tahu ini.

Walaubagaimanapun, kenaikan tahun ini  masih lagi tidak mampu untuk menggantikan kejatuhan teruk industri minyak mentah dunia memandangkan faktor pergerakan masyarakat dunia masih lagi terbatas di kebanyakkan negara sepanjang tahun 2021 ini.

 

Jom belajar analisis teknikal pelaburan saham global. Klik sini. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *