TRADERTOWN.my

Perjanjian perdagangan picture
Gambar oleh Erin Schaff

Perjanjian perdagangan temui harapan cerah, Biden selamatkan A.S

Perjanjian perdagangan antarabangsa menjadi antara fokus utama Joe Biden. Beliau berikrar untuk memberikan kerjasama yang baik dalam penglibatan Amerika Syarikat (A.S) bersama negara lain.

Ikrar Joe Biden ini seolah-olah memberi petunjuk peralihan positif polisi daripada pentadbiran Donald Trump. Sebelum ini, Donald Trump seringkali membuat keputusan yang mengakibatkan ketegangan hubungan antara A.S dengan China.

Joe Biden atau nama sebenarnya Joseph Robinette Biden Jr mengeluarkan komen tersebut sejurus selepas Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diadakan beberapa hari lalu.

RCEP mewakili hampir satu pertiga ekonomi dan populasi masyarakat dunia.

Presiden daripada Parti Demokratik itu turut mengulas bahawa A.S menguasai 25% kapasiti ekonomi dunia, jadi negara Uncle Sam itu perlu bekerjasama dengan kumpulan ekonomi besar seperti RCEP untuk menjamin kedudukan A.S dalam perdagangan.

Walau bagaimanapun, Joe Biden tidak menyatakan sama ada pihaknya akan menandatangi RCEP ataupun Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Selain itu, Joe Biden turut memerli Donald Trump dengan menyifatkan bahawa pihaknya tidak akan menikam rakan dagangan A.S dan menolak kepimpinan secara autokratik.

A.S sebelum ini menarik balik TPPA semasa pentadbiran Donald Trump walaupun sebelum ini TPPA dipersetujui semasa Barack Obama memegang tampuk pentadbiran.

Donald Trump juga turut dikatakan telah menggunakan pendekatan autokratik dengan mengenakan sekatan ke atas syarikat teknologi China atas alasan mengutamakan keselamatan negara. Ini menjadikan hubungan diplomatik antara A.S dan China meruncing sebelum dunia dilanda pandemik wabak COVID-19.

Walaupun Biden tidak menyatakan secara jelas perjanjian yang akan ditandatangani setakat ini, tetapi beliau tetap menegaskan terdapat garis panduan untuk menjamin penglibatan A.S dalam sebarang perjanjian perdagangan.

Garis panduan itu ialah yang pertama, A.S akan melabur untuk kebaikan pekerja A.S dan menjadikan mereka lebih berdaya saing. Kedua, A.S akan pastikan setiap perjanjian perlu melibatkan perbincangan kesatuan pekerja dan golongan akitivis alam sekitar.

Walaupun kerjasama RCEP dan TPP melibatkan banyak negara tetapi China tidak pernah menjadi sebahagian daripada TPPA, sama seperti A.S yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada RCEP.

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *