TRADERTOWN.my

yen picture
Gambar oleh YURIKO NAKAO/GETTY IMAGES

Yen kembali naik, Bank Pusat Jepun jadi tumpuan pelabur

Mata wang Yen kembali naik meskipun keputusan mesyuarat polisi bank pusat masih lagi belum diketahui.

Pelabur kini tertumpu kepada Bank Pusat Jepun. Bank Pusat Jepun dijangka akan meningkatkan jangkaan inflasi dalam laporan suku tahun selepas mesyuarat polisi dalam masa terdekat.

Peningkatan jangkaan inflasi adalah disebabkan oleh kenaikan kos tenaga. Namun begitu, jangkaan inflasi ini masih lagi berada di bawah 2% dalam sasaran Bank Pusat Jepun.

Sementara itu, mata wang Dolar turun 0.15% berbanding mata wang Yen dalam dagangan 114.43 Yen seDolar.

Dolar lemah meskipun hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (A.S) menunjukkan peningkatan. Peningkatan hasil perbendaharaan A.S sepatutnya memberi sokongan kepada kenaikan mata wang dollar.

Hasil perbendaharaan A.S Dua Tahun naik 1%, pertama kalinya sejak Februari 2020.

Sementara itu, hasil perbendaharaan A.S Lima Tahun naik 1.5960%, tertinggi sejak Januari 2020.

Para pelabur turut menjangkakan Rizab Persekutuan akan mula menaikkan kadar faedah bermula Mac ini.

Dalam kebanyakkan sejarah pasaran sebelum ini, mata wang Dolar akan meningkat naik ketika Rizab Persekutuan mengumumkan peningkatan kadar faedah atau terdapat peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi global.

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *