TRADERTOWN.my

emas turun picture
Gambar oleh Dogan Kutukcu/Getty Images

Emas turun, pelabur sedang bersedia dengan kenaikan kadar faedah Fed?

Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia. Kejatuhan ini menghampiri paras terendah dalam tempoh 3 minggu.

Niaga hadapan emas turun 0.35% kepada $1,791.05.

Antara faktor kejatuhan emas ini ialah data laporan pekerjaan Amerika Syarikat untuk bulan Disember yang dikeluarkan Jumaat lalu.

Laporan menunjukkan senarai gaji bukan ladang (NFP) berada pada paras yang lebih rendah daripada jangkaan. Kadar pengangguran juga dicatatkan lebih rendah daripada jangkaan 3.9%.

Pada masa yang sama, Hasil Perbendaharaan A.S. lima tahun juga direkodkan meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Pelabur kini sedang menantikan data inflasi termasuklah indeks harga pengguna yang bakal dikeluarkan pada minggu ini.

Join group signal trading minyak dan emas percuma. Tanya admin di sini.

China juga dijangka akan mengeluarkan data indeks harga dan konsumernya pada Rabu ini.

Harga niaga hadapan dana Rizab Persekutuan (Fed) dinilai berada lebih tinggi. Hal ini memandangkan lebih 90% peluang untuk kenaikan kadar faedah yang dijangka daripada Fed bagi Mac dan Jun 2022.

Bank pusat juga dijangka mempercepatkan program pengurangan asetnya.

Namun begitu, emas masih mempunyai harapan untuk kembali naik.

Di India, permintaan terhadap emas fizikal semakin tinggi manakala cuti perayaan Tahun Baru Cina di Singapura dilihat bakal memberi peluang cerah terhadap permintaan emas.

Logam berharga lain seperti perak kekal berada pada paras $22.29 seauns, platinum naik 0.1% dan paladium jatuh 0.3%.

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *