TRADERTOWN.my

pilihan raya A.S
Gambar oleh Getty Images

Degupan keputusan akhir pilihan raya A.S buat emas kembali junam!

Emas turun pada hari Jumaat pagi sesi Asia, dengan pelabur masih lagi menunggu keputusan akhir pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (A.S). Walaupun calon daripada Parti Demokratik dilihat mendahului majoriti, tetapi kemungkinan untuk keputusan bertukar masih lagi tinggi.

Niaga hadapan emas jatuh 0.30% pada $1,941, tetapi masih lagi berada atas paras $1,900. Situasi bertentangan pula berlaku terhadap dagangan dolar yang menaik pada hari Jumaat.

Setakat ini, Joe Biden telah memenangi 264 daripada 270 jumlah undian electoral, manakala Donald Trump mendapat 214 undian. Donald Trump merupakan calon daripada parti Republican.

Beberapa lagi buah negeri masih lagi dalam proses penggiraan undian seperti Pennsylvania, Georgia, Nevada dan North Carolina. Ketika ini, Donald Trump sedang cuba untuk mencabar kiraan undian di Nevada, Pennsylvania, Georgia dan Michigan menggunakan medium undang-undang. Beliau juga turut dikatakan cuba untuk memohon penggiraan semula di Wisconsin.

Donald Trump tersenyum lebar apabila memenangi perintah pengadilan di Pennsylvania yang memerlukan negeri itu untuk mengasingkan undian yang dibuat secara pos.

Trump menegaskan bahawa sepatutnya undian daripada pos perlu dihantar lebih awal untuk memudahkan keputusan majoriti undian diterima dengan cepat semasa tempoh pilihan raya. Perintah mahkamah itu juga membenarkan pemerhati untuk memerhatikan penggiraan undian pos di Philadephia dengan lebih dekat.

Walau bagaimanapun, perintah undang-undang yang difailkan tidak terpakai buat Georgia dan Michigan.

Dalam satu kenyataan, Donald Trump mempersoalkan integriti pilihan raya dan menyifatkan sekiranya mereka mengira undian yang betul, pasti dirinya akan menang. Tetapi jika mereka mengira undian yang palsu, mereka seolah-olah cuba untuk mencuri pilihan raya ini daripada tangan A.S.

Jika Joe Biden memenangi jawatan Presiden, beliau berkemungkinan besar akan menghadapi masalah daripada Senat Republican yang mana akan menghalang perjalanan pakej ransangan. Pakej ransangan merupakan sebahagian daripada agenda perundangan utama Joe Biden.

Sementara itu, Rizab Persekutuan menyerahkan dasar monetari pada hari Khamis. Menurut Jerome Powell, pengerusi Rizab Persekutuan memberi gambaran akan ada perubahan dalam pembelian bon Persekutuan untuk beberapa bulan akan datang ini. Beliau turut menambah sokongan fiskal dan monetari diperlukan untuk memulihkan semula ekonomi akibat kesan pandemik COVID-19.

Bank England juga telah menyerahkan polisi monetari mereka pada hari Khamis yang mana akan meningkatkan ransangan pembelian bon yang besar lebih daripada GBP150 bilion. United Kingdom (U.K) ketika ini telah memasuki fasa kedua perintah berkurung bagi membendung peningkatan kes COVID-19 dan akan terus berusaha ke arah perjanjian dagangan Brexit bersama Kesatuan Eropah sebelum akhir tahun ini.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *