TRADERTOWN.my

Emas turun picture

Emas turun, pasaran berdebar menunggu pilihan raya A.S

Emas turun semasa sesi pagi Selasa di pasaran Asia, dengan semua pihak sedang bertumpu kepada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (A.S) dan impak potensi ketidakpastian terhadap pasaran.

 

Niaga hadapan emas jatuh 0.02% pada $1,892.10. Kejatuhan ini adalah selepas kenaikan pada awal sebelumnya. Kenaikan sebelum ini didorong oleh nilai dolar yang lemah.

 

Sebaik sahaja pilihan raya A.S bergerak kepada hari terakhir penggundian, pelabur melihat emas sebagai suatu peluang kerana sentimen ketidaktentuan tentang keputusan pilihan raya.

 

Sementara itu, Joe Biden dilihat sebagai calon popular untuk memenangi jawatan Presiden A.S, tetapi perkara ini masih lagi belum dapat dipastikan dengan jelas selagi mana keputusan penuh pilihan raya masih lagi belum keluar.

 

Presiden ketika ini, Donald Trump sebelum ini sering berkata beliau enggan menerima keputusan pilihan raya sekiranya beliau kalah. Kenyataan beliau ini semestinya memberi impak sentimen kepada pasaran dan membuatkan lebih ramai beralih kepada instrumen ‘safe haven’ seperti emas.

 

Sekiranya Joe Biden dan parti Demokaratik menang, pasaran juga akan berdepan ketidaktentuan kerana hala tuju program ransangan COVID-19 yang tidak jelas dan dolar yang lemah. Kedua-dua faktor ini akan meningkatkan nilai untuk harga emas.

 

Walaupun ketika ini harga emas turun, namun potensi untuk Demokratik mengawal Rumah Putih, Kongres dan Presiden dijangka menyumbang kepada senario yang bagus untuk harga emas.

 

Namun begitu, untuk jangka masa panjang, masa hadapan emas adalah positif kerana dijangkakan akan ada ransangan yang besar dari A.S. Ransangan yang besar ini akan melemahkan dolar dan menjadikan emas naik lebih tinggi.

 

Walau bagaimanapun, kenaikan semula kes jangkitan COVID-19 di Eropah dan A.S menimbulkan kebimbangan terhadap ekonomi dan memberi impak penurunan kepada emas. Hal ini kerana, pedagang emas risau tentang perintah berkurung yang akan memberi kesan kepada tekanan deflasi.

 

Selepas pilihan raya, pelabur akan menunggu untuk polisi monetari daripada Rizab Persekutuan pada hari Khamis. Rizab Bank Australia memotong kadar faedah daripada 0.25% kepada 0.10% dan dikhabarkan akan membeli bon kerajaan berjumlah $70.30.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *