TRADERTOWN.my

beli emas picture
Gambar oleh Liz Ornitz

Sekejap! Betulkah ini masanya untuk kita beli emas?

Betulkah ini masanya untuk kita semua beli emas? Sekejap. Baca ini dahulu.

Emas telah mencatatkan kenaikan semasa sesi pagi pasaran Asia, sementara para pelabur berhati-hati dalam perkembangan pakej ransangan Amerika Syarikat (A.S) dan setelah Pfizer Inc (NYSE:PFE) mengumumkan bahawa syarikat itu akan mengehadkan jumlah pengedaran vaksin COVID-19.

Niaga hadapan emas naik 0.26% pada $1,845.80 setelah para pelabur semakin berani beralih kepada instrumen safe haven ini.

Khamis lalu, syarikat farmaseutikal A.S, Pfizer Inc telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu hanya akan menghasilkan 50 juta dos bagi vaksin BNT162b2 selepas laporan vaksin itu mengalami masalah rantaian pembekalan. Vaksin tersebut merupakan kerjasama syarikat gergasi itu dengan BioNTech.

Jumlah 50 juta dos vaksin ini 50% lebih kurang daripada jumlah pemberian asal iaitu 100 juta dos yang disasarkan. Ini seolah-olah memberi petanda bahawa masih ramai lagi tidak akan berjaya mendapatkan vaksinisasi dalam masa terdekat dan menyumbang kepada ketidaktentuan ekonomi dan pasaran.

Sementara itu, perbincangan bersama Kongress A.S secara bipartisan bagi kelulusan pakej ransangan bernilai $908 bilion semakin menunjukkan perkembangan positif. Kedua-dua parti politik Republikan dan Demokratik mempunyai tempoh masa sehingga 11 Dec untuk mencapai kata sepakat tentang pakej tersebut.

A.S pula sedang bergelut dengan gelombang kedua peningkatan kes COVID-19 secara mendadak. Gabenor California, Gavin Newson telah memberi amaran untuk perintah berkurung dilaksanakan kepada setiap negeri kecuali Teluk San Fransissco.

Selain itu, data pekerjaan pada hari Khamis menunjukkan impak besar COVID-19 kepada pekerjaan rakyat A.S. Sejumlah 712,000 pengangguran direkodkan sepanjang minggu lepas. Namun begitu, jumlah sebenar ini adalah lebih kurang daripada jangkaan sebelum ini iaitu 775,000 dan minggu lalu iaitu 787,000.

Meskipun jumlah sebenar ini rendah dari jangkaan, tetapi jumlah ini sangat merisaukan kita kerana menggambarkan ramai yang terkesan bukan sahaja daripada aspek kesihatan, malahan daripada aspek ekonomi dan sosial dalam mendepani cabaran pandemik ini.

Namun begitu, beberapa data buruh penting yang memberi impak kepada pasaran akan dikeluarkan pada masa terdekat ini iaitu Laporan Pekerjaan Non-Farm Payroll (NFP) dan manufacturing payrolls.

Pada minggu berikutnya pula, Rizab Persekutuan A.S dan Bank Pusat Eropah dijangkakan akan bermesyuarat untuk membincangkan keputusan polisi masing-masing.

Jadi, patutkah kita beli emas semasa emas sedang naik ni?

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *