TRADERTOWN.my

India picture
Gambar oleh Energyworld.com

India merajuk dengan Arab Saudi, Amerika pula yang untung?

India dilihat seolah-olah merajuk apabila meneruskan usaha untuk menggurangkan kebergantungan dengan keputusan OPEC setelah syarikat penapisan negara itu melihat kontrak pembekalan minyak mentah yang berat sebelah dengan Arab Saudi.

Arab Saudi merupakan negara utama dalam OPEC+.

Belajar analisis teknikal pelaburan saham secara percuma. Klik sini.

Lebih 80% minyak mentah India adalah daripada hasil import dengan lebih 60% daripada merupakan bekalan daripada Timur Tengah. India tidak berpuas hati dengan pengurusan minyak mentah OPEC+ sejak awal tahun ini kerana harga jualan yang ditawarkan adalah lebih tinggi dan menyebabkan inflasi domestik untuk negara tersebut.

India turut menyifatkan bahawa OPEC+ sengaja membuat pemotongan bekalan olok-olok hanya semata-mata ingin menaikkan harga minyak atas alasan bekalan minyak mentah yang sedikit.

 

group signal

 

Justeru, terdapat beberapa syarikat penapisan dari negara tersebut mula beralih arah dan bertindak untuk membeli minyak mentah dari Amerika Syarikat (A.S) sebagai langkah awal untuk menggurangkan kebergantungan dengan Timur Tengah.

HPCL-Mittal Energy Ltd, sebuah syarikat usahasama antara Hindustan Petroleum Corporation dan taikun industri besi, Lakshmi Mittal telah  membeli minyak mentah daripada Guyana. Guyana merupakan sebuah negara kecil yang terletak di bahagian Amerika Selatan.

Sementara itu, syarikat Penapisan dan Petrokimia Mangalore pula dikhabarkan telah menempah minyak mentah dari Brazil.

Negara Hindustan tersebut juga dijangka akan terus meningkatkan pembelian minyak mentah dari A.S dan sekiranya Arab Saudi tidak berhati-hati, A.S berpotensi besar untuk menggantikan negara Timur Tengah tersebut sebagai pembekal utama minyak mentah kepada India.

India merupakan negara kedua populasi paling banyak di dunia selepas China.

 

group support minyak

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *