TRADERTOWN.my

OPEC+ optimis
Gambar oleh GETTY IMAGES

OPEC+ optimis harga minyak akan naik lebih banyak selepas ini?

Sifat optimis OPEC+ menyebabkan harga minyak mentah Brent naik $1.32 (2.1%) kepada $64.86 setong sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik $2.29 (3.9%) kepada $61.45 setong.

Belajar cara analisis teknikal saham minyak mentah dan pasaran global secara percuma. Klik sini.

Kenaikan ini disumbang selepas ahli anggota OPEC+ bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran 350,000 tong sehari pada Mei dan Jun manakala untuk Julai pula 400,000 tong sehari.

Sebelum ini, sebenarnya Arab Saudi bercadang untuk memotong bekalan minyak mentah 250,000 tong sehari pada bulan Mei dan Jun untuk menyokong harga pasaran. Tetapi, negara pengeluar utama minyak mentah dunia itu membuat keputusan untuk menarik balik langkah tersebut setelah mendapat persetujuan secara bersama dengan negara pengeluar yang lain.

OPEC+ optimis bahawa permintaan minyak mentah akan meningkat untuk bulan akan datang sebab kebanyakkan negara sudah menerima vaksin dan meneruskan norma kehidupan baharu.

Tatkala OPEC+ memotong penghasilan minyak mentah mereka, penghasil minyak mentah Amerika Syarikat (A.S) nampaknya seronok dan galak mengambil kesempatan untuk meningkatkan penghasilan mereka. Perkara ini disokong oleh data jumlah eksport minyak mentah A.S yang meningkat daripada 2.5 juta tong sehari kepada 3.2 juta tong sehari minggu lalu.

 

group signal

 

Selain itu, bilangan pelantar minyak yang semakin bercambah juga merupakan faktor kepada pertambahan jumlah eksport minyak mentah A.S.

Walaupun Iran merupakan sebahagian daripada ahli anggota OPEC+, tetapi Iran tidak menyumbang langsung kepada pemotongan bekalan minyak mentah sebelum ini. Malah negara tersebut mengambil kesempatan ke atas sekatan A.S dengan cara meningkatkan pula jumlah eksport minyak kepada China.

Walaupun OPEC+ optimis dengan permintaan minyak mentah akan datang, nampaknya pemain industri komoditi ini masih lagi perlu berhati-hati terutamanya untuk permintaan daripada Eropah sebab Perancis baru sahaja mengumumkan perintah berkurung baharu yang lebih ketat bagi membendung penularan COVID-19 dengan lebih efisyen.

Tambahan pula, terdapat beberapa entiti lain yang sering kali mengambil kesempatan ke atas keputusan pemotongan bekalan minyak mentah OPEC+ seperti penghasil minyak A.S dan Iran.

 

group support minyak

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *