TRADERTOWN.my

pemulihan ekonomi picture
Gambar oleh AP Photo

Pemulihan ekonomi dunia buat pelabur emas tergolek!

Emas jatuh pada hari Rabu semasa sesi pagi Asia. Kejatuhan emas ini didorong oleh data menunjukkan pekembangan positif pemulihan ekonomi dunia kesan selepas pandemik wabak COVID-19.

Niaga hadapan emas merosot 0.20% kepada $1,739.45.

 

Dapatkan signal harian minyak mentah dan emas melalui TRADERTOWN Premium.

group signal

 

Dalam data peluang pekerjaan pula menunjukkan peningkatan kerja kosong tertinggi dalam tempoh sembilan bulan iaitu 7.367 juta peluang pekerjaan. Ini memberikan sinar harapan baharu buat pemulihan ekonomi dunia.

Sementara itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan pertumbuhan ekonomi global bakal mencecah 6% pada tahun 2021 dan merupakan antara yang tertinggi dalam tempoh empat dekad. Pertumbuhan ini disumbang oleh perbelanjaan awam yang tinggi semasa melawan penularan wabak COVID-19.

 

Belajar cara analisis teknikal dalam pelaburan saham secara percuma. Klik sini.

 

Bercakap soal vaksin COVID-19 pula, Presiden Amerika Syarikat (A.S), Joe Biden telah memperluaskan sasaran untuk kelayakan penerima vaksin kepada semua orang dewasa di A.S supaya lebih ramai rakyatnya berjaya divaksin. Jika program vaksin ini berjaya, ekonomi A.S berpotensi untuk bakal pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Amanah Emas SPDR yang merupakan dana perdagangan yang disandarkan kepada emas terbesar di dunia menyatakan bahawa pegangannya turun 0.4% kepada 1,029.04 tan.

Instrrumen safe haven yang lain sepert perak dan paladium masing-masing jatuh 0.3% dan 0.4%, manakala platinum naik 0.6%.

 

group support minyak

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *