TRADERTOWN.my

Kejayaan vaksin picture
Gambar oleh Getty Images

Kejayaan vaksin COVID-19: propaganda atau kebenaran?

Sekarang kecoh dunia tentang kejayaan vaksin COVID-19 sudah ditemui dan ada daripadanya sudah dibuktikan lebih 90% berkesan semasa ujian percubaan kepada sukarelawan.

Tahukah anda, bukan hanya satu dua sahaja vaksin seperti Pfizer dan Moderna, tetapi masih ada lagi beberapa vaksin yang sedang dibangunkan dan ada daripadanya juga menunjukkan perkembangan yang positif?

Sebelum vaksin dibenarkan untuk digunakan kepada umum, vaksin tersebut perlulah mematuhi perkara berikut:

  1. Ujian yang dijalankan ke atas responden menunjukkan vaksin itu selamat.
  2. Pembangunan secara besar-besaran untuk membolehkan pengedaran vaksin secara maksima.
  3. Perlu mendapat kelulusan daripada badan pengawal selia yang diiktiraf sebelum diedarkan kepada umum.
  4. Penyelidik perlu mengkaji berapa lamakah tempoh perlindungan yang mampu diberikan oleh vaksin.

Ini antara 5 vaksin COVID-19 yang anda perlu tahu:

1. Vaksin BNT162b2 – Pfizer dan BioNTech

  • Mula popular setelah mengumumkan keputusan kadar efektif 90%, tetapi kemudiannya keputusan terbaharu adalah 95%.
  • Sedang menunggu kelulusan kecemasan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) untuk tujuan penggunaan awam.
  • Diberikan dalam 2 dos, dengan selang 3 minggu.
  • Vaksin tersebut perlu disimpan dalam suhu sekitar -70°C dan akan dihantar dalam kotak khas yang dibungkus bersama ais kering dan penjejak GPS.

2. Vaksin mRNA-1273 – Moderna Inc

  • Vaksin ini merupakan kerjasama antara Moderna Inc dan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit.
  • Diberikan dalam 2 dos, dengan selang 4 minggu.
  • Menunjukkan kadar efektif 94.5%.
  • Menggunakan konsep mRNA sama seperti vaksin keluaran Pfizer tetapi lebih bagus kerana boleh stabil jika disimpan pada suhu -20°C selama 6 bulan berbanding vaksin Pfizer.

3. Vaksin AZD1222 – Universiti Oxford dan AstraZeneca

  • Merupakan kerjasama antara Universiti Oxford dan syarikat biofarmaseutikal AstraZeneca (LON:AZN).
  • Keputusan ujian menunjukkan respon positif terutamanya kepada golongan yang lebih berusia.
  • Diberi dalam bentuk dua dos dan ujian masih lagi dijalankan meskipun 99% daripada responden menunjukkan imuniti setelah diberi dos yang kedua.
  • Vaksin yang paling mudah untuk diedarkan sebab tidak memerlukan suhu yang terlampau sejuk.
  • Diperbuat daripada virus demam selsema daripada haiwan cimpanzi dan diubah suai supaya tidak membiak dalam tubuh badan manusia.

4. Vaksin Sputnik V

5. Vaksin JNJ78436735

  • Juga dikenali sebagai Ad.26.COV2.S.
  • Dibangunkan oleh Janssen Pharmaceutica, syarikat milik Johnson & Johnson (NYSE: JNJ)
  • Menggunakan teknologi AdVac (platform yang sama digunakan untuk membangun dan mengilangkan vaksin Ebola).
  • Vaksin boleh stabil selama 2 tahun dalam keadaan suhu -20°C dan sekurang-kurangnya 3 bulan jika disimpan pada suhu 2°C hingga 8°C.

Kejayaan vaksin akan membantu mendidik diri kita untuk melawan jangkitan dengan cara menghalang kita daripada dijangkiti ataupun menjadikan COVID-19 kurang bahaya sekiranya terjangkiti.

Gabungan vaksin dan rawatan yang berkesan adalah jalan keluar untuk kita keluar daripada pandemik ini. Semoga tahun hadapan akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua.

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *