TRADERTOWN.my

A.S picture
Gambar oleh Jim Paulin

A.S tak serik-serik nak suap nasi kepada industri minyak!

Amerika Syarikat (A.S) menerusi pentadbiran Trump pada hari Khamis lalu mencadangkan agar peraturan untuk kegiatan industri minyak di Lautan Artik luar Alaska dilonggarkan.

Kelonggaran peraturan ini dibuat untuk memudahkan proses pengekstrakan petroleum di kawasan tersebut.

Cadangan daripada pentadbiran Trump ini dilihat bertentangan jika dibandingkan dengan usaha yang akan dilakukan oleh Joe Biden nanti apabila mengambil alih sepenuhnya tampuk pentadbiran.

Usul cadangan itu akan menilai semula peraturan yang dibuat semasa zaman pentadbiran Barrack Obama yang mengetatkan eksplorasi minyak mentah di Alaska menerusi peraturan Outer Continental Shelf Act 1953. Peraturan yang ketat ini dibuat untuk menjaga keselamatan ekosistem di Artik setelah isu penggerudian pelantar minyak syarikat Shell (LON:RDSa), Kulluk yang terlebih sehingga mencecah dasar pantai Alaska pada tahun 2012.

Shell kemudiannya mengabaikan eksplorasi minyak di kawasan tersebut dan sejak itu tiada operasi penggerudian minyak mentah yang aktif di kawasan tersebut.

Jadi, sejak tahun 2019, kawasan milik A.S di lautan Artik iaitu Lautan Chukchi dan sebahagian daripada Lautan Beaufort dihalang daripada sebarang aktiviti pajakan untuk projek minyak mentah dan gas.

Donald Trump dilihat cuba untuk mengubah situasi ini dan bercita-cita besar untuk menjadikan lautan Artik dan Atlantik sebagai pajakan syarikat minyak. Tetapi, Joe Biden yang baru sahaja memenangi pilihan raya A.S yang lalu berikrar untuk mengharamkan sebarang kegiatan penggerudian di lautan dan tanah milik persekutuan sebaik sahaja beliau menggantikan Trump secara rasmi pada 20 Januari 2021.

Jurucakap di Jabatan Dalam Negeri A.S mengulas bahawa Trump akan meminda sebarang peraturan yang tidak perlu dan menyusahkan industri.

Contohnya seperti menghapuskan syarat untuk operator minyak menghantar pelan operasi terperinci sebelum memohon eksplorasi minyak mentah dan gas di kawasan tersebut. Syarat untuk operator minyak melakukan demonstrasi awal pengurusan peralatan penahanan sekiranya berlaku tumpahan juga akan ditarik balik.

Perubahan ini disambut baik oleh kumpulan industri minyak terkemuka dan Institut Petroleum Amerika (API), berpendapat bahawa sumber asli di Artik adalah sangat penting untuk keselamatan nasional A.S.

Namun, tindakan Donald Trump ini mendapat tentangan hebat daripada kumpulan alam sekitar seperti Alaska Wilderness League. Aktivis ini mendakwa penarikan semula peraturan yang ketat ini akan menyebabkan sepsis hidupan liar dan perairan terancam kerana risiko minyak tumpah.

Usul cadangan itu memerlukan masa 60 hari untuk tempoh masa kritikan awam sebaik sahaja dikeluarkan di Daftar Persekutuan.

Hanya tinggal lagi 61 hari sahaja lagi sebelum Biden dijadualkan mengambil alih pentadbiran secara rasmi daripada Trump.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *