TRADERTOWN.my

minyak mentah junam picture
Gambar oleh Erin Staff

Minyak mentah junam, puncanya Trump masih berdegil?

Harga minyak mentah junam sehingga lebih dari 1% susulan kedegilan Trump untuk meluluskan pakej ransangan COVID-19 dan laporan kenaikan yang tidak dijangka untuk inventori minyak mentah Amerika Syarikat (A.S).

Tindakan Donald Trump yang mengugut untuk tidak menandatangani usul pakej ransangan khas COVID-19 A.S turut menyumbang kepada kesuraman minyak mentah hari ini. Pakej ransangan khas itu bernilai kira-kira $892 bilion. Trump enggan meluluskan usul tersebut dan menggesa agar pihak Kongres menaikkan jumlah pakej tersebut.

Sekiranya pakej ransangan tidak diluluskan dengan segera, kebanyakkan rakyat A.S akan mengalami kesukaran untuk memulakan semula kehidupan setelah ekonomi mereka teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketika ini, Donald Trump masih lagi memegang tampuk pemerintahan buat sementara waktu sebelum diserahkan sepenuhnya kepada Joe Biden yang telah memenangi pilihan raya Presiden yang lalu.

Sementara itu, kes positif jangkitan COVID-19 masih lagi merekodkan peningkatan yang ketara dan rakyat A.S digalakkan agar hanya duduk di rumah pada musim perayaan ini. Perkara ini memberikan kesan kepada permintaan minyak mentah dan seterusnya menjadi antara faktor utama kejatuhan harga.

Niaga hadapan Brent jatuh kira-kira 1.4% pada harga $49.37 setong manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh kira-kira 67 sen atau 1.4% pada $46.35 setong.

kelas saham

Ketidaktentuan masa hadapan yang cerah untuk permintaan minyak mentah juga turut didorong oleh isu penemuan varian baharu COVID-19 yang menular di United Kingdom (UK). Varian baharu dikhuatiri tidak dapat dikawal oleh vaksin COVID-19 sebelum ini dan mendorong kebanyakkan negara menutup pintu sempadan mereka.

Situasi ini menyebabkan kebanyakkan penerbangan terpaksa dibatalkan kerana kekurangan permintaan meskipun menjelang cuti Perayaan Hari Krismas dan mengakibatkan harga minyak mentah junam semula.

Selain itu, Insitutut Petroleum Amerika (API) telah mengeluarkan kenyataan bahawa inventori minyak mentah A.S telah meningkat sebanyak 2.7 juta tong pada minggu berakhir 18 Disember. Namun begitu, kenaikan ini adalah lebih rendah berbanding jangkaan penganalisis yang menjangkakan sekitar 3.2 juta tong. Tetapi kenaikan yang sedikit ini masih lagi memberi impak dan menambahkan luka kepada harga minyak, menjadikan harga terus jatuh.

 

Nak buat keuntungan melalui dagangan minyak mentah? Klik sini 

group signal

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *