TRADERTOWN.my

Pakej ransangan
Gambar oleh Getty Images

Pakej ransangan COVID-19 punca kenaikan harga emas?

Pasaran Asia semasa sesi pembukaan waktu pagi menyaksikan kenaikan emas. Kenaikan emas ini didorong oleh perkembangan positif tentang kelulusan rancangan pakej ransangan fiskal Amerika Syarikat (A.S).

Niaga hadapan emas naik 0.08% pada $1,841.55.

Pembuat keputusan bipartisan sedang berusaha untuk mencapai kata sepakat bagi kelulusan pakej ransangan COVID-19 yang dianggarkan bernilai kira-kira $908 bilion.

Kelulusan pakej ransangan ini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat A.S bagi membantu meringankan beban mereka akibat tekanan ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19. Situasi ini juga ditambah dengan data pekerjaaan dikeluarkan pada Jumaat lalu yang amat mendukacitakan.

Ekonomi A.S memperlihatkan penambahan pekerjaan yang paling sedikit sejak Mei, dengan non-farm payroll hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 245,000 pada bulan November manakala manufacturing payroll menunjukkan peningkatan hanya sebanyak 27,000 sahaja berbanding jangkaan peningkatan sepatutnya iaitu 33,000.

Kadar pengangguran pula hanya jatuh sedikit sahaja daripada anggaran iaitu 6.7% berbanding jangkaan awal iaitu 6.8%. Namun begitu, angka ini masih pada lagi lebih baik berbanding kadar pengangguran pada bulan Oktober iaitu 6.9%.

Sementara itu, bagi perkembangan vaksin pula, United Kingdom (UK) bakal menjadi negara pertama untuk mengedarkan vaksin BNT162b2 pada minggu ini. Vaksin ini merupakan hasil pembangunan menerusi kerjasama Pfizer Inc (NYSE:PFE) and BioNTech SE (F:22UAy).

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) A.S bakal bermesyuarat pada hari Khamis ini bagi membincangkan kelulusan vaksin BNT162b. Sekiranya vaksin ini melepasi syarat bagi kebenaran penggunaan kecemasan daripada FDA, maka pengedaran vaksin ini akan dibenarkan bermula tempoh 24 jam selepas keputusan kelulusan itu dikeluarkan.

Kesemua rakyat Amerika dijangkakan akan menerima program vaksinisasi COVID-19 pada selewat-lewatnya pada suku kedua tahun 2021.

Antara perkara lain yang menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran tetapi memberi manfaat kepada emas sebagai instrumen safe haven adalah isu kata putus mengenai perjanjian perdagangan Brexit pada minggu ini antara UK dan Kesatuan Eropah.

Rizab Persekutuan A.S dan Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengeluarkan keputusan polisi masing-masing pada minggu ini  nanti. ECB dijangka akan meningkatkan program pembelian bon bagi membantu negara anggota untuk memulihkan ekonomi masing-masing setelah dilandan gelombang kedua peningkatan kes jangkitan COVID-19.

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *