TRADERTOWN.my

pembaharuan permit picture
Gambar oleh The Associated Press

Pembaharuan permit minyak: Syarikat gergasi kebal dengan Joe Biden?

Pemilik syarikat penggerudian minyak dan gas gergasi di tanah milik persekutuan Amerika Syarikat (A.S) nampaknya tidak bimbang dengan janji Presiden Joe Biden untuk mengharamkan pembaharuan permit kepada kerja-kerja penggerudian di kawasan tersebut. Hal ini kerana mereka mendakwa telah mempunyai permit yang banyak sebagai sokongan buat satu jangka masa yang agak lama.

Tetapi berbeza pula situasi dengan syarikat kecil yang tidak mempunyai sokongan daripada syarikat besar. Mereka risau sekiranya Joe Biden benar-benar mengotakan janjinya untuk mengetatkan peratuan dan menghentikan pembaharuan permit penggerudian minyak mentah dan gas, selaras dengan komitmen presiden Parti Demokratik itu untuk mengatasi isu perubahan iklim dan sifar pencemaran pelepasan menjelang tahun 2050.

Tanah Persekutuan merupakan sumber kepada kira-kira 10% bekalan minyak dan gas A.S. Bahan bakar fosil yang dihasilkan daripada sumber ini menyumbang kepada 25% pelepasan gas hijau A.S. Ini menjadikan sektor ini antara target utama oleh para aktivis alam sekitar.

Joe Biden telah berikrar untuk mengambil pendekatan yang berbeza berbanding Donald Trump dalam isu penggerudian dan perlombongan di tanah milik persekutuan. Rabu lalu, pentadbiran Joe Biden telah menangguhkan permit pembaharuan selama 60 hari untuk memberi laluan kepada pihaknya bagi menilai semua impak program pajakan mineral dari segi aspek undang-undang dan polisi. Namun begitu, penangguhan ini tidak akan menghentikan kegiatan penghasilan minyak mentah di kawasan tersebut serta-merta.

Sebanyak tujuh syarikat yang menguasai lebih separuh daripada bekalan minyak mentah dan gas di kawasan tanah persekutuan di lebih 48 buah negeri mempunyai permit dan pajakan sedia ada yang boleh bertahan sehingga bertahun-tahun sebelum perlu diperbaharui.

 

group signal picture

 

Perkara ini diperakui oleh Ketua Eksekutif Devon Energy Corp (NYSE:DVN) yang merupakan antara syarikat penghasil minyak terbesar di tanah persekutuan. Beliau turut menjangkakan permit itu dapat bertahan selama sekurang-kurangnya empat tahun.

Antara syarikat gergasi lain yang terlibat dengan aktiviti penghasilan minyak mentah di tanah milik persekutuan ialah EOG Resources Inc (NYSE:EOG), ExxonMobil (NYSE:XOM) Corp, Occidental Petroleum Corp (NYSE:OXY), ConocoPhillips (NYSE:COP), dan Mewbourne Oil Company.

Kebanyakkan daripada syarikat besar ini juga mampu untuk beralih dengan pantas kepada aktiviti penggerudian di kawasan tanah persendirian sebaik sahaja permit mereka tamat di tanah persekutuan.

Menurut syarikat Occidental, mereka mempunyai lebih 200 permit penggerudian persekutuan setakat ini dan sedang memohon untuk lagi 200 permit di kawasan New Mexico. New Mexico merupakan antara kawasan yang terletak dalam hak milik tanah persekutuan yang mempunyai rizab bahan fosil yang banyak.

Kebanyakkan aktiviti penggerudian minyak mentah dan gas berlaku di negeri bahagian barat seperti New Mexico, Colorado dan Wyoming yang mana negeri-negeri ini banyak bergantung dengan pendapatan royalti hasil daripada aktiviti tersebut.

Menurut Jabatan Tenaga A.S, jumlah pengeluaran minyak syal dijangkakan akan jatuh kepada 7.5 juta tong sehari pada bulan Februari 2021. Angka ini merupakan yang terendah sejak Jun 2020.

Penggerudian minyak syal menyumbang kepada dua pertiga penghasilan minyak mentah A.S. Pengeluaran minyak mentah A.S dijangka akan berkurang secara keseluruhan sepanjang tahun 2021 setelah kebanyakkan syarikat penghasil enggan mengeluarkan bajet yang lebih tinggi bagi meningkatkan pengeluaran ketika ini.

 

Mulakan langkah anda dalam pelaburan saham dengan pembukaan akaun trading secara percuma. Klik sini.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *