TRADERTOWN.my

Keystone XL picture
Gambar oleh Getty Images

Projek minyak Keystone XL batal, Kanada kecewa dengan Biden!

Setelah mengambil alih pentadbiran Rumah Putih secara rasmi semalam, Presiden Amerika Syarikat (A.S) yang baharu, Joe Biden telah membatalkan secara formal permit kebenaran untuk pembinaan projek pembesaran perpaipan Keystone XL (KXL) yang bernilai $8 bilion, sekaligus menghancurkan harapan Kanada untuk meningkatkan lagi perkembangan sektor minyak mentah negaranya melalui kerjasama dengan A.S sebelum ini.

Menurut Tim McMillan, Ketua Eksekutif Persatuan Penghasil Petroleum Kanada, pembatalan ini sekaligus memberi impak negatif yang besar kepada perkembangan sektor minyak mentah Kanada dan juga kehilangan peluang pekerjaan terutamanya buat rakyat Kanada yang tinggal di wilayah Alberta dan rakyat A.S yang terlibat dalam projek pengembangan perpaipan Keystone XL ini. Situasi ini juga secara tidak langsung mencalarkan hubungan baik antara pentadbiran Biden dan Kanada yang merupakan antara rakan baik dagangan A.S sebelum ini.

Keystone XL merupakan projek pengembangan daripada projek perpaipan Keystone sebelum ini. Projek ini dimiliki oleh syarikat TC Energy (NYSE:TRP) Corp dan sudah dalam pembinaan di Kanada. Projek perkembangan perpaipan merentasi sempadan ini bertujuan untuk membawa 830,000 tong minyak mentah sehari daripada Hardisty, Alberta ke bahagian Midwest A.S dan Pantai Teluk A.S.

 

Nak join group signal premium pelaburan saham minyak mentah global? Klik sini.

group signal picture

 

Sebelum ini, projek  telah pun mendapat kelulusan semasa pentadbiran Donald Trump. Tetapi, Joe Biden telah berikar untuk membatalkannya semasa kempen pilihan raya Presiden A.S yang lalu. Projek ini telah tertangguh selama lebih 12 tahun kerana sering mendapat bantahan daripada pejuang alam sekitar, puak Orang Asli Amerika dan pemilik tanah di kawasan yang terlibat di A.S.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau meluahkan rasa kecewa beliau terhadap tindakan Presiden baharu A.S atas pembatalan projek kerjasama antara kedua-dua buah negara tersebut meskipun sebab projek itu dibatalkan adalah untuk menjaga kepentingan alam sekitar.

Ketua Wilayah Alberta, Jason Kenney bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya projek Keystone XL tetap dibatalkan sebab memberi impak yang besar terhadap ekonomi kawasan tersebut.

Institut Petroleum Amerika menyelar tindakan Joe Biden ini sebagai satu langkah terkebelakang pentadbiran Rumah Putih untuk industri tenaga A.S.

Kanada merupakan penghasil minyak mentah keempat terbesar di dunia dan mengeskport kebanyakkan hasilnya kepada syarikat penapisan A.S.

 

Nak buka akaun trading global secara percuma? Klik sini.

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *