TRADERTOWN.my

saham Asia picture
Gambar oleh businessamlive.com

Saham Asia positif, pelabur gembira tersenyum lebar

Saham pasaran Asia menaik dan bergerak positif, mengikuti jejak langkah paras ukur Amerika Syarikat (A.S) susulan satu lagi berita positif perkembangan vaksin COVID-19 semalam. Niaga hadapan dijangkakan mungkin akan perlahan seketika sewaktu pembukaan sesi Eropah.

Sentimen positif pelabur meningkat apabila Moderna Inc (NASDAQ:MRNA) mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin yang dalam kajian mereka telah menunjukkan keputusan kadar efektif 94.5% dalam membendung jangkitan COVID-19.

Syarikat yang beribu pejabat di Massachusetts itu menjadi syarikat kerjasama farmaseutikal dan bioteknologi kedua selepas Pfizer Inc (NYSE:PFE) yang mengumumkan keputusan positif dan harapan cerah untuk data percubaan vaksin. Saham syarikat itu turut naik sebanyak 9.6% selepas berita itu.

Indeks MSCI saham Asia Pasifik luar Jepun meningkat 0.17% pada hari Selasa, sehari selepas mencapai tahap tertinggi sejak dilancarkan pada tahun 1987. Sehari sebelumnya iaitu Isnin, Indeks saham MSCI global mencapai rekod tertinggi semasa sesi pasaran Asia.

Menurut Ketua Strategi Ekuiti HSBC bagi Asia Pasifik, kenaikan ini didorong oleh berita positif vaksin. Masyarakat dunia melihat vaksin ini sebagai salah satu penamat kepada COVID-19 meskipun vaksin itu hanya akan diterima sepenuhnya oleh segenap besar masyarakat dunia pada tahun 2022.

Asia meningkat dengan paras ukur di Singapura dan Indonesia dengan masing-masing naik dalam 1% sementara Hong Kong naik 0.1% dan S&P/ASX 200 Australia naik 0.23%.

Nikkei Jepun 225 naik 0.24% selepas mencapai kenaikan tertinggi hari sebelumnya. Kenaikan itu adalah yang paling tertinggi dalam tempoh 29 tahun. Tetapi, cip biru jatuh didorong oleh sentimen bon.

Walaupun sesi Asia menampakkan kestabilan, tetapi niaga hadapan dijangka akan berdepan ketidaktentuan. Niaga hadapan S&P 500 jatuh 0.44% manakala niaga hadapan EuroSTOXX 50 Eropah jatuh 0.55% dan niaga hadapan FTSE jatuh 0.4% semasa lewat sesi Asia.

Perkembangan positif berita vaksin ini membantu harga minyak untuk naik. Minyak mentah A.S mengukuh 0.56% kepada $41.57 setong setelah naik 3.02% pada hari Isnin. Minyak mentah Brent naik 0.7% selepas kenaikan 2.43% pada hari sebelumnya.

Sementara itu, dalam pasaran matawang, bank pusat China menaikkan titik tengah Yuan kepada yang tertinggi dalam tempoh 29 bulan ini disokong oleh harga spot yang naik kukuh bersandarkan data ekonomi yang kuat.

Berita vaksin ini juga membantu kenaikan Dolar Australia. Peningkatan kes jangkitan COVID-19 memberi kesan negatif kepada Dolar A.S dan menyebabkan kejatuhan matawang utama.

Hasil Perbendaharaan A.S juga meningkat susulan berita positif pembangunan vaksin.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *