TRADERTOWN.my

serangan siber picture
Gambar oleh news.microsoft.com

Serangan siber Colonial Pipeline punca harga minyak naik?

Serangan siber terhadap operator saluran perpaipan minyak mentah Amerika Syarikat (A.S), Colonial Pipeline Co. pada Jumaat lalu telah menyumbang kepada kenaikan harga minyak mentah semasa sesi pagi pasaran Asia meskipun usaha untuk memulihkan bekalan minyak mentah dan produk penapisan yang terganggu sedang giat dijalankan ketika ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 0.56% kepada $68.66, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula naik 0.52% kepada $65.24.

group signal

Presiden A.S, Joe Biden memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk membantu dan bekerjasama dengan syarikat operator yang menjadi mangsa insiden serangan siber tersebut supaya pemulihan operasi secara sepenuhnya dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tidak menganggu rantaian bekalan minyak mentah secara keseluruhan.

Saluran perpaipan minyak mentah tersebut adalah penting kerana membekalkan lebih separuh daripada keseluruhan bahan bakar yang digunakan di Pantai Timur A.S serta produk penapisan kepada lebih 50 juta rakyat A.S.

Belajar cara mudah  dan percuma pelaburan saham minyak mentah global. Klik sini.

Harga minyak mentah dijangka naik di beberapa pusat pengedaran bahan bakar termasuklah Charleston di Carolina, Wilmington di Carolina Utara dan Savannah di Georgia.

Kadar vaksinasi COVID-19 yang lebih laju juga menyumbang kepada jangkaan positif terhadap kenaikan harga minyak pada musim panas akan datang.

Sementara itu, barangan dagangan komoditi lain seperti niaga hadapan bijih besi naik lebih 10% dengan rekod $226 satu tan. Antara sebab kenaikan ini adalah didorong oleh permintaan yang meningkat dariapada China.

group support minyak

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *