TRADERTOWN.my

bantuan ekonomi picture
Gambar oleh accountingtoday.com

Trump luluskan bantuan ekonomi buat emas naik lagi!

Emas naik lagi apabila presiden Amerika Syarikat (A.S) ketika ini, Donald Trump akhirnya telah pun bersetuju untuk menandatangani dan meluluskan bantuan ekonomi pasca pandemik COVID-19 yang bernilai kira-kira $2.3 trilion untuk mula dilaksanakan.

Niaga hadapan emas naik 0.84% pada $1,899.05. Kenaikan emas setelah pakej ransangan ini diluluskan adalah kerana emas berpotensi untuk menjadi sebagai nilai perlindungan daripada penurunan nilai matawang yang akan berlaku apabila matawang dicetak dengan banyak dan akhirnya menyebabkan inflasi berlaku.

 

kelas saham

 

Pakej ransangan dan bantuan kewangan ini adalah penting kepada A.S kerana dilihat dapat membantu memberikan manfaat kepada berjuta rakyat A.S terutamanya kepada mereka yang terjejas teruk dengan pengangguran dan menggurangkan risiko gangguan pentadbiran persekutuan akibat kekurangan dana. Sekiranya pentadbiran persekutuan turut mengalami kekurangan dana, maka beribu-ribu pekerja kerajaan juga akan berdepan dengan risiko tinggi kehilangan pekerjaan dan situasi ini diibaratkan akan menambah garam ke luka ekonomi negara Uncle Sam yang sedang teruk terjejas itu.

Donald Trump akan mengosongkan kerusi Presiden dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Joe Biden pada 20 Januari 2021 setelah mengalami kekalahan pada pilihan raya presiden yang lalu. Sebelum ini, Trump enggan meluluskan usul pakej ransangan tersebut walaupun telah mendapat kelulusan daripada pihak Kongres. Hal ini kerana Trump tidak bersetuju dengan nilai asal bantuan iaitu $600 dan menggesa agar nilai itu dinaikkan kepada $2000 bagi individu bujang dan $4000 untuk mereka yang sudah berpasangan.

Namun begitu, setelah berdepan dengan pelbagai kritikan terutamanya daripada pihak Kongres kerana dilihat seperti cuba untuk melewatkan pakej bantuan ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kekalahan dalam pilihan raya yang lalu, Trump akhirnya bersetuju untuk meluluskan pakej tersebut pada masa terdekat ini.

Sebelum ini, Parti Demokratik bersetuju dengan nilai bantuan $2000 bagi setiap individu itu tetapi kebanyakan ahli Parti Republikan yang lain tidak bersetuju dengan nilai bantuan tersebut. Pakar ekonomi berpendapat bahawa nilai tersebut perlu dinaikkan tetapi melihatkan kepada keadaan ekonomi yang teruk sekarang, rata-rata bersetuju bahawa pakej ransangan bantuan ekonomi itu perlu dilaksanakan dengan segera utnuk membantu meringankan beban rakyat dan mengelakkan kelumpuhan ekonomi negara.

 

group support minyak

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *