TRADERTOWN.my

varian omicron
Gambar oleh middleeast.in-24.com

Varian Omicron terus mengganas punca emas turun?

Emas turun semasa sesi pagi pembukaan pasaran Asia.

Penurunan ini adalah disebabkan oleh pelabur sedang menilai kesan usul perbelanjaan domestik Amerika Syarikat (A.S) bernilai $1.75 trilion dan peningkatan kes jangkitan COVID-19 varian Omicron.

Niaga hadapan emas turun 0.12% kepada $1,792.35.

Kebanyakkan pelabur bimbang dengan kenyataan Senator A.S, Joe Manchin berkenaan dengan tindakan beliau yang tidak mahu menyokong usul pakej Build Back Better yang dicadangkan oleh Presiden A.S, Joe Biden bernilai $1.75 trilion.

Para pelabur juga bimbang dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 varian Omicron di Eropah dan Amerika Syarikat.

Bebeberapa buah negara seperti United Kingdom (U.K) dijangka akan mengetatkan sekatan manakala Belanda telahpun mengarahkan pelaksanaan perintah berkurung.

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Di Amerika Syarikat pula, rakyatnya digesa agar segera mendapatkan suntikan penggalak dan memakai topeng pelitup.

Varian Omicron dianggarkan menyumbang 73% daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan di A.S.

Sementara itu, di Asia Pasifik, Bank Rizab Australia telah mengeluarkan minit mesyuarat terkini.

Menurut Bank Pusat itu, permulaan pengurangan aset pada mesyuarat pertamanya pada 2022 dan berakhir pada Mei adalah konsisten dengan ramalan sedia ada.

Logam berharga lain seperti perak dan palladium turun 0.1% manakala platinum turun 0.2%.

Join group signal trading minyak dan emas percuma. Tanya admin di sini.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *