TRADERTOWN.my

pakej ransangan lebih besar
Gambar oleh Getty Images

Pakej ransangan lebih besar punca harga emas naik?

Sesi pasaran Asia menyaksikan kenaikan emas yang didorong oleh Dolar Amerika Syarikat (USD) yang semakin lemah dan komen daripada calon Setiausaha Bendahari, Janet Yellen yang mendesak agar lebih banyak jumlah yang diperuntukkan bagi bantuan pakej ransangan lebih besar kepada rakyat Amerika Syarikat (A.S) dalam usaha memulihkan ekonomi rakyat akibat pandemik COVID-19. Ini menjadikan emas sebagai antara pilihan utama pedagang tatkala kemungkinan A.S bakal berdepan dengan isu inflasi sekiranya bantuan kewangan ini dinaikkan.

Ketika ini niaga hadapan emas naik 0.51% pada $1,849.60.

Janet Yellen yang merupakan Calon Setiausaha Bendahari kegemaran Joe Biden itu berpendapat bahawa manfaat ekonomi yang lebih luas dan bagus akan dapat dicapai sekiranya pakej ransangan kewangan yang lebih besar diberikan kepada rakyat A.S. Manfaat pusingan ekonomi kepada rakyat ini adalah piihan yang lebih baik jika dibandingkan dengan risiko negara berdepan dengan hutang yang tinggi setelah mengeluarkan sejumlah peruntukan yang besar bagi pakej ransangan tersebut.

Sementara itu, dolar jatuh semasa sesi kedua berturut-turut, setelah kebanyakkan hasil Perbendaharaan A.S jatuh apabila Janet Yellen turut mencadangkan agar pemotongan cukai untuk syarikat besar sebelum ini wajar dimansuhkan untuk membantu menaikkan semula pembayaran cukai kepada kerajaan. Perkara ini dilakukan untuk membantu menaikkan ekonomi negara. Pemotongan cukai daripada 35% kepada 21% untuk syarikat besar mulai dilakukan sejak 2017.

 

Nak belajar kelas saham percuma? Klik sini.

 

Sementara itu, Joe Biden dan pentadbirannya akan mengambil alih Rumah Putih secara rasmi pada hari ini setelah memenangi undian majoriti elektoral semasa pilihan raya A.S yang lalu. Pada masa yang sama seluruh A.S sedang tertumpu kepada pakej ransangan bernilai $1.9 trilion untuk meningkatkan ekonomi dan mempercepatkan pembahagian vaksin COVID-19.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins, dalam isu COVID-19, jumlah kematian akibat jangkitan virus itu di A.S telah melebihi 401,000 dan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dilaporkan adalah 24 juta setakat ini. Jumlah keseluruhan kes pula bagi seluruh dunia telah mencecah 96 juta.

Bank Jepun dan Bank Pusat Eropah pula akan menyerahkan keputusan polisi masing-masing pada hari Khamis. Sementara itu, Andrew Haldane, Ketua Ahli Ekonomi Bank England menjangkakan ekonomi United Kingdom (UK) akan kembali pulih menjelang suku kedua tahun 2021 berikutan pembahagian vaksin COVID-19 yang lebih banyak ketika ini.

 

group signal picture

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *