TRADERTOWN.my

Gambar oleh TOMASSEREDA/THINKSTOCK

Aktiviti penapisan minyak kembali pulih bantu harga minyak naik semula?

Harga minyak mentah naik pada hari Rabu setelah pelabur mula percaya dengan tahap pemulihan aktiviti penapisan minyak Amerika Syarikat (A.S). Pemulihan ini disokong oleh data stok minyak mentah A.S yang menunjukkan penurunan meskipun keadaan permintaan terhadap minyak mentah yang tidak menentu di Eropah.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik 43 sen (0.7%) kepada $65.21 setelah jatuh hampir 18 sen pada sesi dagangan sebelum ini.

 

group support minyak

 

Inventori minyak mentah A.S jatuh sebanyak 1 juta tong pada minggu lalu. Pada masa yang sama stok gasolin jatuh lebih rendah dari yang dijangka iaitu sebanyak 926,000 tong.

Situasi ini juga menunjukkan bahawa aktiviti penapisan minyak mentah telah beransur normal setelah sebahagian besar lokasi penghasilan dan penapisan minyak mentah di Texas dibadai dengan bencana alam cuaca sejuk melampau baru-baru ini.

Pada masa yang sama, pelabur juga sedang menantikan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), Bank Pusat A.S untuk mendapatkan petunjuk tentang arah polisi kewangan.

Sementara itu, minyak mentah Brent sebelum ini berada pada paras $67.50 sehingga $70 setong manakala minyak mentah WTI berada pada paras $64 sehingga $66 setong.

 

group signal picture

 

Pasaran bergerak agak perlahan beberapa hari lalu setelah lebih banyak negara Eropah seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan Jerman membuat keputusan untuk mengangguhkan penggunaan vaksin AstraZeneca (NASDAQ:AZN) disebabkan risau dengan kesan sampingan yang serius akibat pengambilan vaksin tersebut.

Ini secara tidak langsung telah merencatkan permintaan minyak mentah di negara Eropah tersebut sebab pergerakan domestik rakyatnya masih lagi terbatas. Contohnya, penggunaan minyak bagi tujuan pengangkutan di Perancis turun 10.8% pada bulan Februari lalu berbanding tahun lepas.

Nak belajar teknikal analisis dalam pelaburan saham global? Klik sini.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *