TRADERTOWN.my

minyak mentah Venezuela picture
Gambar oleh AFP/GETTY IMAGES

Syarikat Big Oil mula intai peluang, Venezuela janji akhiri monopoli minyak mentah

Big Oil, syarikat besar minyak antarabangsa sedang mengintai peluang untuk terlibat semula dalam industri minyak mentah Venezuela. Rundingan ini dilakukan setelah Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berjanji untuk mengakhiri monopoli minyak oleh syarikat minyak milik Venezuela, Petróleos de Venezuela (PDVSA) akhir tahun ini.

Nampaknya,Venezuela sedang membuka peluang pelaburan dalam industri minyaknya. Tindakan ini berkait rapat dengan kejatuhan teruk hasil pengeluaran minyak mentah negara itu setelah dikenakan sekatan dagangan oleh Amerika Syarikat (A.S).

Buat masa ini, PDVSA sudah pun mempunyai rakan dagangan luar negara, tetapi mengikut syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, syarikat luar negara hanya boleh menguasai 49% sahaja daripada kepentingan projek minyak. Undang-undang ini dilakukan untuk melindungi kerajaan daripada dikuasai oleh pelabur asing. Namun begitu, dengan situasi keadaan ekonomi Venzuela yang semakin buruk, nampak gaya kerajaan terpaksa beralah dan memberi peluang kepada pelabur asing untuk menyelamatkan ekonomi mereka.

Sebelum ini, eksport minyak mentah dan hasil pemprosesan Venezuela jatuh menjunam pada tahun 2020 setelah A.S bertindak untuk meningkatkan sekatan ke atas pemerintahan Venezuela dan sesiapa sahaja yang berurus niaga dagangan minyak dengan negara tersebut. Kejatuhan eksport ini merupakan yang terburuk dalam tempoh 77 tahun.

 

Buat keuntungan dalam kenaikan dan kejatuhan harga minyak. Klik sini untuk belajar analisa teknikal saham

group signal picture

 

Jadi, awal bulan ini, Perhimpuan Nasional Venezuela mengambil keputusan untuk mengadakan pembaharuan dalam undang-undang minyak negara. Reformasi tersebut disasarkan untuk membuka peluang terhadap model perniagaan baru dalam industri minyak negara.

Kesannya, terdapat beberapa buah syarikat gergasi minyak dunia mula menunjukkan minat untuk terlibat dalam projek minyak mentah di Venezuela. Namun begitu, bagi syarikat gergasi minyak milik A.S dan yang terlibat dengan A.S, mereka masih lagi menunggu lampu hijau dari A.S untuk melonggarkan sekatan ke atas Venezuela sebelum cuba terlibat dengan industri minyak Venezuela semula.

Jika sekatan A.S dilonggarkan, ianya akan lebih mudah untuk Venezuela meningkatkan penghasilan eksport minyak mentah dan produk penapisan negara itu. Namun begitu, masih jauh lagi impian industri minyak negara Venezuela untuk mencanak naik semula kerana berbilion A.S Dolar diperlukan sebagai suntikan pelaburan untuk merancakkan semula industri tersebut.

Venezuela merupakan negara yang mempunyai rizab minyak mentah terbesar di dunia dengan hampir 20% rizab minyak mentah dunia bergantung kepada negara tersebut.

 

group support minyak

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *