Britain dan New Zealand telah bersetuju dengan perjanjian perdagangan bebas.
Objektif perjanjian itu adalah untuk memperbaiki perdagangan bebas dan menggurangkan tarif kedua-dua belah pihak.
Hampir 97% barangan dagangan daripada kedua-dua buah negara akan dihapuskan tarif.
Perjanjian tersebut dimeterai semasa sesi panggilan ZOOM antara Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.
Rundingan bagi perjanjian tersebut mengambil masa selama 16 bulan.
Kerjasama ekonomi UK-New Zealand
Menurut Boris Johnson, perjanjian dengan New Zealand ini adalah salah satu cara terbaik untuk Britain meluaskan kerjasama perdagangan di Indo-Pasifik.
Perjanjian United Kingdom (UK) – New Zealand dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya £2.3 billion pound.
Perjanjian ini turut menguntungkan New Zealand dari sudut pemulihan ekonomi setelah dunia dilanda wabak COVID-19.
Produk pertanian dan tenusu
Namun begitu, Parti Buruh Britain mengkritik perjanjian perdagangan bebas tersebut.
Hal ini kerana, parti itu berpendapat perdagangan bebas akan memberi impak negatif terutamanya kepada petani memandangkan harga barangan import yang lebih murah dari produk tempatan.
Tambahan pula, produk pertanian dan ternakan seperti daging yang diimport dari New Zealand akan lebih berpotensi untuk menguasai pasaran tempatan UK.
Hal ini kerana New Zealand sememangnya memfokuskan kepada eksport produk tenusu yang berkualiti sebagai antara sumber ekonomi penting negara pulau itu.
Produk minuman wain
Pengkritik dari Parti Buruh Britain juga berpendapat bahawa negara itu akan kehilangan sumber pendapatan bernilai tinggi hasil daripada tarif yang dikenakan kepada New Zealand untuk mengeksport wain ke UK.
Wain merupakan eksport terbesar New Zealand ke UK dan bernilai NZ$14.1 juta.
Kerjasama dengan negara lain
New Zealand juga telah menandatangi perjanjian perdagangan dengan China pada Januari lalu. China merupakan rakan dagangan terbesar New Zealand.
Sebelum ini, Britain sendiri juga telah menandatangi perjanjian perdagangan dengan Australia.
Kenapa kena ada hubungan luar yang bagus?
Hubungan luar yang erat dengan negara lain amat penting kepada Britain untuk menggurangkan kebergantungan ekonomi dengan Kesatuan Eropah.
Kerjasama dagangan Britain dengan New Zealand juga adalah untuk menggurangkan dominasi China di rantau Pasifik dan Eropah.
Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN.