TRADERTOWN.my

Emas jatuh picture
Gambar oleh Reuters

Emas jatuh lagi? Hati-hati dengan penangan vaksin!

Emas jatuh pada pagi Isnin semasa sesi pasaran Asia setelah para pelabur melihat masa hadapan pasaran lain yang lebih cerah. Berbeza keadaan dengan pasaran stok yang kelihatan cerah, emas pula mengalami kejatuhan yang teruk dalam bulan ini sejak empat tahun sebelum ini.

Niaga hadapan minyak jatuh 0.81% pada $1,773.70.

Kejatuhan emas ini didorong oleh peningkatan keyakinan terhadap keberkesanan vaksin yang sedang dalam proses akhir untuk diedarkan kepada umum. Apabila keadaan ini berlaku, para pelabur berasa lebih yakin untuk melabur dalam instrumen yang lebih berisiko berbanding emas yang dianggap sebagai safe haven.

Ketika ini, pasaran global naik pada rekod tertinggi dalam bulan November dan menyumbang kepada tekanan kepada emas. Tekanan kepada emas dilihat telah menyebabkan emas jatuh 5.01% sepanjang bulan ini.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (A.S) sedang bercadang untuk mengagihkan vaksin kepada golongan profesional kesihatan dan golongan yang berisiko tinggi. Usaha yang dilakukan oleh A.S ini dilihat sebagai suatu titik permulaan pagi program vaksinisasi COVID-19 kepada rakyatnya.

Selain itu, United Kingdom (UK) juga sedang dalam proses pengesahan bagi penggunaan vaksin Pfizer untuk kegunaan rakyatnya.

Kejatuhan emas juga telah didorong oleh perkembangan positif rundingan Kesatuan Eropah dan UK berkenaan perjanjian perdagangan Brexit sebelum perjanjian ketika ini berakhir pada 31 Disember ini.

Rundingan Brexit sebelum ini terhenti seketika, tambahan pula dengan kes pandemik COVID-19 yang memaksa kebanyakkan negara termasuk negara maju melaksanakan perintah kuarantin untuk membendung penyebaran wabak dengan lebih teruk.

Sementara itu, berita Donald Trump telah memberikan pentadbiran A.S sepenuhnya kepada Joe Biden yang telah memenangi undian majoriti elektoral pilihan raya juga telah menyumbang kepada kejatuhan harga emas.

Hal  ini kerana, politik A.S dilihat semakin stabil apabila Donald Trump telah dapat menerima kekalan beliau dalam pilihan raya Presiden A.S baru-baru ini. Sebelum ini, pasaran berdepan ketidaktentuan apabila Donald Trump tidak dapat menerima kekalahan beliau dan cuba untuk mencabar keputusan pilihan raya menerusi perintah mahkamah.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *