TRADERTOWN.my

syarikat minyak terbesar dunia
Gambar oleh worldfinance.com

Ini 5 syarikat minyak terbesar dunia yang perlu anda tahu!

Minyak mentah masih kekal sebagai sumber utama tenaga bagi kebanyakkan negara di seluruh dunia meskipun permintaan berkurang 9% semasa pandemik COVID-19. Jom kita kenali 5 syarikat minyak terbesar dunia dari segi perolehan pendapatan pasca COVID-19.

1. China Petroleum & Chemical Corp. (Sinopec)

China Petroleum and Chemical Corporation (NYSE:SNP) merupakan salah satu daripada tiga syarikat minyak utama milik negara China. Sinopec juga merupakan syarikat minyak dan gas terbesar di Asia Pasifik dengan pendapatan $407 bilion, menjadikannya syarikat kedua terbesar didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) selepas Walmart. Operasi perniagaan Sinopec merangkumi eksplorasi minyak dan gas, penapisan, penghasilan, pemasaran, dan juga penjualan produk petrokimia. Antara contoh produk keluaran Sinopec termasuklah gasolin, diesel, kerosin, minyak jet, resin dan getah sintetik dan juga baja kimia.

2. PetroChina Co.

PetroChina Co. (NYSE:PTR) merupakan syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia dengan aset di lebih 30 buah negara. PetroChina terlibat dalam operasi minyak dan gas, perkhidmatan medan minyak, pembinaan dan kejuruteraan petroleum, pembuatan peralatan, perkhidmatan kewangan dan pembangunan tenaga baharu.

Dapatkan signal dan group support dagangan minyak mentah global secara percuma. Klik sini.

group signal

 

3. Saudi Arabian Oil Co. (Saudi Aramco)

Saudi Aramco merupakan antara pemain utama dan mempunyai pengaruh yang tinggi dalam landskap tenaga dunia. Saudi Aramco merupakan syarikat nasional milik kerajaan Arab Saudi. Arab Saudi merupakan negara berpengaruh besar dalam Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Syarikat gergasi ini juga mempunyai rizab kedua minyak terbesar di dunia.

4. Royal Dutch Shell Plc.

Royal Dutch Shell Plc. (NYSE:RDS.A) merupakan syarikat beribu pejabat di Belanda yang terlibat dalam perniagaan minyak, gas dan bahan kimia. Shell merupakan antara syarikat Big Oil yang mempunyai masa depan yang cerah. Meskipun rizab minyak dan gasnya bakal susut dengan banyak menjelang tahun 2030, Shell kekal optimis untuk meneruskan momentum perniagaan mereka dengan cuba perlahan-lahan beralih kepada sumber tenaga hijau.

Belajar analisis teknikal saham global secara percuma. Klik sini. 

5. BP Plc.

 BP Plc. (NYSE:BP) merupakan syarikat yang terlibat dalam penghasilan minyak dan gas, penapisan, perkhidmatan pengoperasian tenaga angin dan fasiliti penghasilan tenaga solar. Minggu lalu, penemuan minyak di telaga Puma West di Teluk Mexico yang berpotensi besar untuk sebagia pengkomersialan produk hidrokarbon memberikan kelebihan kepada BP. Hal ini kerana BP merupakan pemegang kepentingan terbesar sebagai operator di Puma West (50%), manakala operator Talos Energy (NYSE:TALO) dan Chevron (NYSE:CVX) masing-masing memegang kepentingan 25%.

 

group support minyak

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *