TRADERTOWN.my

minyak mentah jatuh
Gambar oleh GETTY IMAGES

Minyak mentah jatuh petanda COVID-19 kembali mengganas?

Minyak mentah jatuh semasa sesi dagangan Asia selepas naik 5% semalam. Kenaikan semalam disebabkan oleh data stok minyak mentah adalah sebagai petanda permintaan terhadap minyak mentah semakin baik.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan menghampiri harga $63 setong.

 

Dapatkan analisis signal dan group support secara percuma. Klik sini.

group signal

 

Sebelum ini, data inventori minyak mentah Amerika Syarikat (A.S) turun selama dua minggu berturut-turut. Tetapi berlainan pula situasi dengan gasolin yang merekodkan permintaan yang tinggi dalam tempoh 7 minggu berturut-turut.

Mac lalu, harga minyak hanya berada pada paras $60 setong disebabkan oleh peningkatan semula kes jangkitan COVID-19 yang sedikit sebanyak merencatkan pemulihan ekonomi global.

Namun begitu, OPEC+ dan penghasil minyak A.S optimis tentang kenaikan semula harga minyak mentah tahun ini memandangkan kebanyakkan negara telah mula menerima vaksin dan meneruskan kehidupan dengan norma baharu. Jadi, mereka telah mula menambah jumlah penghasilan minyak untuk memastikan dapat memenuhi permintaan bekalan akan datang.

Iran juga dilihat degil dan dengan selambanya berusaha membatalkan sekatan eksport minyak mentah yang dikenakan oleh A.S. A.S mengenakan sekatan tersebut terhadap Iran sebagai tekanan dengan perjanjian nuklear Iran.

 

group support minyak

 

Namun begitu, buat masa ini pemulihan ekonomi dunia dilihat perlahan dan tidak seimbang antara negara. A.S dan China semakin pulih ekonomi mereka dan merupakan antara pengguna tertinggi minyak mentah global.

Manakala India pula sedang bergelut dengan kenaikan kes COVID-19 dan kekurangan bekalan vaksin sehingga memaksa negara tersebut mengambil langkah untuk melaksanakan perintah berkurung. Jepun dan Korea Selatan juga turut menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

 

Belajar cara analisis teknikal pelaburan minyak mentah dan saham global secara percuma. Klik sini.

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *