TRADERTOWN.my

jaminan kewangan picture
Gambar oleh thenewdaily.com

Hentikan jaminan kewangan untuk eksport bahan bakar fosil! – Eropah

Perancis, Jerman dan Britain merupakan antara tujuh buah negara Eropah yang telah berjanji akan memberi komitmen untuk menghentikan jaminan kewangan untuk eksport bagi projek melibatkan bahan bakar fosil.

Inisiatif tersebut turut disokong oleh negara Belanda, Denmark, Sepanyol dan Sweden.

Infrastruktur minyak, arang batu dan gas merupakan penyumbang terbesar dalam portfolio eksport kebanyakkan negara dan mendapat jaminan pembiayaan kewangan yang kukuh daripada kerajaan serta perlindungan insurans untuk sebarang kerugian.

 

group support minyak

 

Sebelum ini Sweden, Britain dan Perancis telah pun mendahului negara Eropah lain dalam membentangkan pelan mereka untuk penghentian terhadap jaminan kewangan bagi sektor bahan bakar fosil.

Namun begitu, walaupun usaha menghentikan bantuan jaminan kewangan bagi eksport bahan bakar fosil merupakan satu inisiatif yang bagus untuk menjaga kelestarian alam sekitar, tetapi keperluan spesifik industri dan impak terhadap pekerjaan sedia ada dalam sektor tersebut masih lagi perlu diambil kira.

 

Belajar analisis teknikal minyak mentah dan saham global secara percuma. Klik sini.

 

Menurut Bruno Le Maire, Menteri Kewangan Perancis, mereka berharap agar pentadbiran Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat (A.S) akan bersetuju untuk menyertai inisiatif murni tersebut memandangkan A.S menyumbang kira-kira 40% dalam kewangan eksport berbanding negara anggota lain dalam Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Penghentian jaminan kewangan untuk eksport bahan bakar fosil ini merupakan antara langkah awal yang dilakukan oleh negara anggota sebagai sebahagian daripada usaha mengalakkan projek mesra iklim dan alam sekitar.

Namun begitu, adakah dengan tindakan ini akan sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan kos dan harga hasil bumi tidak boleh diperbaharui tersebut? Atau pihak industri minyak, gas asli dan arang batu masih lagi mampu menampung beban kewangan tanpa memerlukan sebarang bantuan daripada pihak kerajaan masing-masing?

 

group signal picture

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *