TRADERTOWN.my

pilihan raya picture
Gambar oleh Financial Times

Pilihan raya A.S buat harga minyak mentah jatuh lagi!

Harga minyak jatuh pada hari Khamis sesi Asia setelah calon pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (A.S) daripada parti Demokratik, Joe Biden mendahului undian dan dijangka akan memenangi jawatan Presiden.

 

Niaga hadapan minyak Brent jatuh 1.33% kepada $40.68 manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) jatuh 1.33% kepada $38.63.

 

Keputusan kemenangan pilihan raya A.S semakin menghampiri dan ramai berpendapat Joe Biden akan menjadi Presiden A.S buat sesi penggal kali ini.

 

Jangkaan kemenangan ini merupakan satu berita buruk kepada industri minyak kerana parti Demokratik sebelum ini memang terkenal dengan perjuangan untuk sumber tenaga boleh diperbaharui.

 

Jadi, sekiranya Joe Biden yang merupakan calon dari parti Demokratik ini menang, kemungkinan besar industri minyak akan berasa terancam dengan agenda pembangunan tenaga boleh diperbaharui ini.

Namun begitu, keputusan pilihan raya masih lagi belum diketahui dengan tepat. Hal ini ditambah lagi dengan keputusan undian yang hampir seri antara Donald Trump dan Joe Biden dan isu mencabar keputusan melalui undang-undang.

Impak pilihan raya A.S ini terhadap industri minyak dilihat apabila Donald Trump sebelum ini dengan yakinnya membuat kenyataan yang beliau telah pun menang.

Akibat dari tindakan Trump itu, harga minyak naik 4%, tetapi setelah itu jatuh selepas kenyataan Trump itu tidak benar dan hanyalah sentimen sahaja.

Menurut Artem Abramov, ketua penyelidik syal di Rystad Energy memberitahu kesimpulan awal yang dapat dibuat ketika ini adalah kemungkinan kecil sahaja insentif minyak dan gas sedia ada akan diberhentikan walaupun Biden menjadi Presiden.

Hal ini kerana kemenangan yang tipis dan kemungkinan majoriti Republican yang besar di Senat A.S.

Ketidaktentuan peningkatan kes COVID-19 secara global, dengan data daripada Universiti Johns Hopkins menunjukkan kes jangkitan baharu 600,000 sehari dengan lebih daripada 48 juta kes direkodkan setakat ini. Penularan pandemik dijangka memberi impak negatif yang besar kepada harga minyak.

Namun begitu, berita baik walaupun mungkin hanya seketika buat harga minyak apabila data inventori minyak mentah terbaharu menunjukkan penurunan yang sangat besar buat rizab minyak mentah A.S sebanyak 7.998 juta tong, berbanding jangkaan hanya 890,000 tong.

Ini diikuti oleh data daripada minyak mentah Institut Petroleum Amerika yang menunjukkan pengurangan sebanyak 8.01 juta tong berbanding jangkaan 600,000 tong.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *