TRADERTOWN.my

Trump picture
Gambar oleh Capital Watch

Trump tidak senang duduk, emas tersenyum lebar

 

Emas kembali naik pada hari Khamis sesi Asia setelah Joe Biden, calon jawatan Presiden daripada parti Demokratik dijangka berjaya merebut jawatan itu daripada penyandang ketika ini, Donald Trump.

 

Ketika ini, niaga hadapan emas naik 0.62% pada $1,908.

 

Pilihan raya Amerika Syarikat (A.S) menjadi fokus utama buat para pelabur dengan keputusan kemenangan dijangka lebih sengit dari yang dijangka sebelum ini.

 

Buat masa ini, Joe Biden telah memenangi 264 undian Electoral College dan memerlukan lagi 6 sahaja undian daripada negeri yang menjadi rebutan kedua-dua belah pihak. Joe Biden memerlukan majoriti 270 undi untuk dinobatkan sebagai Presiden A.S.

 

Jangkaan kemenangan calon dari parti Demokratik ini merupakan satu kelebihan buat dagangan emas. Hal ini kerana, lebih besar pakej ransangan COVID-19 dijangka akan diberikan berbanding dengan janji daripada calon parti Republican.

 

Jumlah pakej ransangan COVID-19 yang besar ini akan melemahkan dolar A.S tetapi memberikan impak positif kepada emas yang merupakan instrumen safe haven.

 

Namun begitu, emas masih lagi perlu berhati-hati kerana terdapat sentimen sekiranya parti yang terkenal dengan Gelombang Biru Demokratik itu gagal, bermakna mereka tidak mempunyai kuasa yang besar dalam membuat keputusan untuk pakej rangsangan tersebut.

 

Situasi ini ditambah pula dengan perangai Donald Trump yang suka bermain isu keputusan pilihan raya. Ketika ini, Trump cuba untuk mempersoalkan keputusan undian dan menjangkakan untuk penggiraan semula apabila beliau kelihatan akan kalah.

 

Sementara itu, kebanyakkan pelabur masih lagi menantikan berita keputusan polisi monetari daripada Rizab Persekutuan dan Bank England yang dijadual berlangsung 2 hari lagi.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *