TRADERTOWN.my

bekalan tenaga picture
Gambar oleh zeber/Bigstock.com

Selepas China, India pula berdepan dengan krisis bekalan tenaga

China dan India, dua negara industri besar kini bergelut dengan krisis tenaga.

Kebanyakkan loji janakuasa sedang berdepan dengan masalah kekurangan bekalan tenaga seperti arang batu.

Situasi ini adalah membimbangkan di saat ekonomi kembali pulih dan memerlukan pengunaan tenaga elektrik yang tinggi.

70% tenaga elektrik di India adalah hasil dari loji janakuasa arang batu.

Loji janakuasa arang batu. Foto : eco-business.com

Krisis bekalan tenaga ini berpotensi untuk memberi kesan secara langsung kepada pemulihan ekonomi India.

Ekonomi India dipacu oleh aktiviti industri dan memerlukan tenaga elektrik yang tinggi berbanding aktiviti perkhidmatan seperti negara maju yang lain.

Mengikut data dari kerajaan India, 80 % daripada loji janakuasa arang batu mempunyai maksimum 8 hari sahaja untuk kekal bertahan sekiranya bekalan arang batu berterusan kurang.

Macam mana boleh berlaku krisis tenaga pula ni?

Krisis tenaga berlaku disebabkan oleh permintaan tinggi yang drastik antara bulan April sehingga Ogos dan kekurangan bekalan domestik dan import arang batu.

Permintaan yang tinggi terhadap bekalan arang batu berlaku disebabkan oleh pemulihan ekonomi yang berlaku lebih cepat daripada jangkaan penganalisis.

Foto : newsin.asia

Industri seperti perkilangan aluminum, keluli, simen dan kertas memerlukan arang batu yang banyak untuk dibakar bagi menghasilkan tenaga dan haba.

Sumber tenaga lain seperti kuasa hidro, nuklear dan gas juga semakin berkurangan.

Loji janakuasa hidro. Foto : AFP

Kuasa hidro berkurang kerana taburan hujan yang sedikit di beberapa kawasan utama loji janakuasa hidro di India.

Harga gas yang tinggi dan juga penutupan loji janakuasa nuklear untuk proses penyelenggaraan juga mempengaruhi faktor kekurangan bekalan dua sumber tenaga ini.

Loji janakuasa nuklear. Foto : Canva

India merupakan pengimport arang batu ketiga terbesar di dunia walaupun mempunyai rizab arang batu yang besar.

Setakat ini, India mempunyai 135 loji janakuasa arang batu.

Belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *